Pages

Tuesday, 4 June 2013

Kulat aneh di Kampung Kok Pasir

                   
                      Gempar jumpa kulat aneh

Azizah menunjukkan kulat aneh menyerupai spesis kulat Gano yang di temui di dalam kolam di tepi rumahnya di Kampung Kok Pasir


Kulat berwarna hitam seberat 8.6 kilogram itu ditemui Azizah Hamid, 56, di sebuah kolam di tepi rumahnya pada 15 November lalu.


Sejak tersebar penemuan kulat tersebut, rumah Azizah tidak putus dikunjungi orang ramai  yang datang untuk melihat secara dekat kulat gergasi itu.


Malah, kedatangan mereka juga adalah untuk untuk mendapatkan air dari kulat tersebut yang dikatakan mengeluarkan air jernih dan berkilau selepas direndam dalam air semalaman serta mampu mengubat penyakit.

0 comments:

Post a Comment