Memang telah diketahui ramai bahawa rakyat negeri Kelantan amat gemar berniaga. Tidak kira besar atau kecil bentuk perniagaan mereka namun bakat-bakat yang ada digunakan untuk tujuan itu. Begitu juga dengan penduduk Kg Kok Pasir, kelihatan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kedai-kedai dan warong-warong di setiap pelusuk kampong. Di kampong ini terdapat sebuah kedai bertaraf Mini Market dan 15 yang lain adalah kedai runcit. Dari kedai-kedai inilah penduduk kampong membeli belah keperluan harian mereka kerana apa yang mereka inginkan boleh diperolehi kecuali peralatan-peralatan yang mahal mereka beli di Tumpat atau Kota Bharu. Oleh kerana budaya orang Kelantan suka sarapan pagi di kedai kopi, maka terdapat 10 buah kedai kopi yang beroperasi setiap hari dan kunjungan pelanggan adalah memuaskan. Terdapat juga dua buah kedai yang menyediakan seperti goring pisang, keropok dan makanan lain yang sesuai dimakan pada waktu petang. Pada setiap petang Sabtu ada Pasar Malam yang menjual pelbagai yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Barang-barang keperluan yang didapati di Mini Market


Barang-barang keperluan yang didapati di Mini Market

Pasar Malam Kok Pasir , berjaya menarik pembeli dari penduduk kampung dan
dari kampung-kampung berdekatan.