
Memang telah diketahui ramai bahawa rakyat negeri Kelantan amat gemar berniaga. Tidak kira besar atau kecil bentuk perniagaan mereka namun bakat-bakat yang ada digunakan untuk tujuan itu. Begitu juga dengan penduduk Kg Kok Pasir, kelihatan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kedai-kedai dan warong-warong di setiap pelusuk kampong. Di kampong ini terdapat sebuah kedai bertaraf Mini Market dan 15 yang lain adalah kedai runcit. Dari kedai-kedai...